Demi Masa

Wednesday, April 1, 2009

Permohonan pembiayaan pertanian dibuka hari ini

AGROBANK, bank diamanahkan kerajaan untuk mengagihkan dana RM300 juta menerusi program mikro kredit yang diumumkan kerajaan dalam pakej rangsangan ekonomi kedua 10 Mac lalu, mempelawa usahawan atau bakal usahawan berkaitan pertanian yang berminat mendapatkan pembiayaan menerusi program itu supaya mengemukakan permohonan mereka bermula hari ini.

Presidennya, Datuk Martini Osman, berkata permohonan boleh dikemukakan menerusi lebih 200 cawangan bank itu di seluruh negara.

Beliau berkata, walaupun Agrobank dijangka hanya menerima peruntukan itu daripada kerajaan bulan ini, namun usahawan atau bakal usahawan yang berminat boleh mengemukakan permohonan mereka sekarang bagi memastikan ia dapat diproses lebih awal dan pembiayaan disalurkan dengan cepat.

"Setakat ini, kami hanya menerima pertanyaan berkaitan dana itu, tetapi tiada sebarang permohonan dibuat.

"Justeru, kepada sesiapa yang berminat menjalankan perniagaan dalam bidang pengeluaran dan pemprosesan berasaskan pertanian, mereka boleh mula memohon sekarang supaya kami boleh memprosesnya lebih awal supaya pembiayaan dapat disalurkan dengan secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah promosi tambah nilai Celcom X-Pax menerusi mesin ATM Agrobank di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengurus Bahagian Akaun, Jualan dan Operasi Celcom Mobile Sdn Bhd, Azlan Khairudin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan pakej rangsangan kedua di Parlimen 10 Mac lalu mengumumkan peruntukan RM300 juta bagi merangsang kegiatan ekonomi di kalangan petani dan peniaga di tengah-tengah kelembapan ekonomi global.

Martini berkata, dana RM300 juta itu dijangka bakal memanfaatkan lebih 10,000 usahawan dan bakal usahawan yang terbabit dalam bidang pengeluaran dan pemprosesan berasaskan pertanian.

Katanya, daripada jumlah peruntukan itu, RM200 juta akan diagihkan kepada usahawan yang terbabit dalam sektor pengeluaran seperti perladangan dan penternakan, manakala RM100 juta lagi untuk sektor pemprosesan seperti perusahaan makanan dan bukan makanan.

Beliau menjelaskan, jumlah maksimum untuk pinjaman bagi sektor pengeluaran adalah RM50,000, manakala pinjaman untuk sektor pemprosesan adalah RM20,000.

Tuesday, March 31, 2009

FIRST GLOBAL BUSINESS SUMMIT CONFERENCE

FIRST GLOBAL BUSINESS SUMMIT CONFERENCE
GBSC2009

15th – 17th June 2009


Greetings from Business Management Faculty, UiTM Kelantan Malaysia

We are delighted to announce our forthcoming First Global Business Summit Conference GBSC2009, which
will be held at the Mara University of Technology, Kelantan, Malaysia 15th – 17th June 2009. It is an honour for us
to invite and welcome you to present/participate in the conference.

VENUE:
Universiti Teknologi Mara, Kelantan, Malaysia

IMPORTANT DATES:

Full Paper Submission By : April 30, 2009
Business proposal Submission By : April 30, 2009
Notification of Acceptance : May 15, 2009
Camera Ready Paper Submission : May 31, 2009
Early Bird Registration Before : April 30, 2009

WEBSITE:
http://gsbms.com
Please visit our website for further information regarding the conference. It is appreciated if you could spread the news to other
presenters/participants who might be interested in joining this conference.

We look forward for your reply. For further inquiries, please contact the conference secretariat.

EMAIL:
Dr. Nik Maheran Nik Muhammad: nik7944@gmail.com


Best regards,
First Global Business Summit Conference Committee
GBSC2009
Dikemaskini ( Tuesday, 13 January 2009 )

Monday, March 30, 2009

15 Hektar Pokok Jarak Ditanam Sebagai Projek R&D

SETIU, 27 Mac (Bernama)-- Lembaga Tembakau Negara (LTN) negeri Terengganu telah mengusahakan tanah seluas 15 hektar bagi projek percubaan tanaman pokok jarak pagar (Jatropha Curcas) bertempat di Taman Industri Tani Terengganu (TITT) di Rhu Tapai, Merang dekat sini.

Pengarah LTN Terengganu/Pahang Mohd Fakri Mohd Noor berkata, projek tersebut dimulakan pada 2006 dan 2007 dengan percubaan di atas tanah seluas lima hektar di bawah program penyelidikan dan pembangunan (R&D) LTN.

"Bagi peringkat pertama LTN cuba menanam sebanyak 3,000 pokok manakala bagi peringkat kedua sebanyak 13,570 pokok antaranya untuk mengetahui kesesuaian tanaman itu di atas tanah bris dengan menggunakan kaedah penanaman bijih benih," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika membuat lawatan bersama beberapa pegawai LTN ke ladang pokok jarak pagar dan jarak api (Jatropha Gossyfilpolia) di TITT Rhu Tapai dekat sini hari ini yang didapati hidup subur dan sesuai untuk memaksimumkan penggunaan tanah bris yang terbiar di kawasan berkenaan.

Mohd Fakri berkata, pada 2008 dan 2009 seluas 10 hektar lagi pokok jarak berskala besar, ditanam menggunakan keratan di mana kajian menunjukkan semaian keratan pada batang lebih ekonomik kerana tidak memerlukan rumah semaian.

Beliau berkata, pada Januari lalu, pihaknya cuba menanam 100 pokok jarak pagar dan jarak api secara bersilang (hibrid asal) untuk menghasilkan satu varieti baru yang mempunyai buah yang lebih besar.

"Penanaman pokok jarak pagar dan jarak api secara bersilang dilakukan untuk menghasilkan saiz buah yang lebih besar bagi meningkatkan kadar perahan minyak sehingga 35 peratus berbanding hanya 33 peratus perahan minyak bagi setiap biji pada masa kini," katanya.

Mohd Fakri berkata, pokok jarak bukan lagi sekadar tumbuhan biasa yang ditanam untuk mencantikkan kawasan, tetapi pokok tumbuhan liar itu menghasilkan penemuan yang mempunyai nilai tinggi sebagai bahan api bio atau biofuel.

Selain menghasilkan biodisesel, katanya, pokok liar yang tumbuh melata itu yang mempunyai ketinggian satu hingga tujuh meter, juga boleh menghasilkan baja organik, bahan membuat sabun, kosmetik dan ubatan-ubatan.

Beliau berkata setelah penanaman percubaan dan segala kajian dibuat menunjukkan hasil yang baik, seramai 93 petani di bawah projek pembangunan rakyat termiskin (PPRT) di sini akan menyertai projek penanamannya secara besar-besaran bagi meningkatkan pendapatan sara hidup mereka.

Friday, March 6, 2009

2nd National Conference On Agro Environment 2009

24-25 March 2009 The Puteri Pacific Johor Bahru. Need tentative Program and registration form, Please contact me at serianagrotech@gmail.com

Renungan- Wasiat ke-7 Al-Banna, elakkan bercakap nyaring

Fahri Abdullah al-Masri
Sat | Feb 21, 09 | 11:57:02 pm MYT

Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kita. Demikianlah antara wasiat Imam Hasan al-Banna.

Percakapan yang nyaring dan kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri.

Dalam hal ini, seorang bapa yang bijaksana, Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman: 19]

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka agar tidak meninggikan suara ketika berbual bersama teman-temannya. Ini kerana, hal meninggikan suara itu boleh menimbulkan pergaduhan.

Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri.

Di dalam satu bab, pernah dikupas perihal tiadanya suara-suara yang keras dan nyaring dalam keluarga beliau.

Semua ini menunjukkan bahawa Hasan al-Banna telah merintis jalan teori dan melaksanakan amalinya dalam keluarganya sendiri. Maka di sini, al-Banna benar-benar telah menjadikan wasiat Luqman al-Hakim itu sebagai panduannya.

Sikap nabi-nabi yang bersikap lemah-lembut kepada pihak yang didakwah juga patut diberikan perhatian..

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159]

Demikian juga ketika diperintahkan kepada Musa a.s dan Harun a.s untuk berdepan dengan kezaliman Fir'aun.

"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut." [Taha: 44]

Jangan nyaring berwirid
Malah dalam hal yang berkaitan dengan wirid, ratib dan zikir sekali pun, Allah s.w.t menyeru kita supaya meratibkannya dengan rendah dan tidak nyaring.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [Al-'Araaf: 205]

Mungkin, dengan berzikir dalam senyap, hal ini tidak diketahui orang lain dan dengan itu, kita terselamat daripada bahaya riyak, penyakit 'ujub dan sum'ah.

Lantas, timbul persoalan baru mengenai amalan tarekat yang berzikir, meratib beramai-ramai sehingga tinggi dan nyaring pula suara mereka. Maka, bagaimanakah kedudukan ratib, zikir mereka ini?

Dalam hal latihan kerohanian, hal-hal seumpama itu dibenarkan, diharuskan dengan sebab melatih murid-murid untuk berzikir. Ini kerana, bagi sesetengah orang, penumpuan untuk berzikir itu sangat sukar kerana mereka terlalu banyak berkhayal mengenai kenikmatan dan kelazatan duniawi sebelum ini.

Maka, hal-hal yang seumpama itu tiada salahnya atas tujuan latihan. Mungkin, apabila tiba waktunya, mereka akan diminta meneruskan wirid dengan perlahan-lahan di tempat suluk mereka sendiri. Wallahu'alam..

Jangan keraskan suara di depan guru
Perihal keburukan suara yang nyaring ini telah dibangkitkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran, di mana hal itu termasuk dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan adab bersama Rasulullah s.a.w.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah, - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib).

Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Hujurat: 2-5]

Timbul persoalan lain, baginda Rasulullah s.a.w tidak lagi berada di sisi kita. Betapalah kita akan mengangkat suara dan menyaringkan suara kepada baginda? Maka, dalam hal ini, ingatlah pengertian hadis yang bermaksud, "Golongan ulamak itu adalah pewaris kepada para nabi."

Adapun guru-guru itu, orang-orang tua yang bijaksana dan mereka yang selalu dilihat sebagai orang yang berpengetahuan dalam memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kita, kepada bangsa kita dalam hal-hal agama, mereka itu penggalas amanah Rasulullah s.a.w. Kepada mereka, janganlah kita mengeraskan suara kita.

Rendahkan suara di depan ibu bapa
Maka, termasuk dalam kalangan manusia yang mesti kita rendahkan suara terhadap mereka, ialah ibu bapa kita sendiri.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." [Al-Isra': 23-24]

Melakukan amal kebaktian kepada ibu bapa adalah jalan termudah mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dalam hubungan ini, baginda Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu." dan sabda baginda lagi; "Keredhaan Allah itu terletak di atas keredhaan Allah s.w.t."

Sesetengah pihak melihat keredhaan Allah itu didapati lewat zikir-zikir, wirid-wirid sebagai yang disebut mereka dalam munajat, "Ilahi anta maqshudi, wa ridhaka mathluubi - Tuhanku Engkaulah matlamatku dan aku menuntut keredhaanMu."

Tetapi, ada yang bersikap kasar, bengis dan mengeraskan suaranya kepada ibu bapa. Adakah kita termasuk dalam golongan yang berhak mendapat keredhaan Tuhan? Sekali-kali tidak! Kita perlu hormat ASAL-USUL (ibu bapa) bagi mendapatkan redha YANG PALING ASAL, YANG PALING AWAL (Allah s.w.t).

Demikian juga hubungan antara Rakyat dan Pemerintah. Pemerintah berasal daripada rakyat. Maka pemerintah yang diredhai pemerintahannya adalah pemerintah yang menghormati rakyat dengan memansuhkan ISA, PPSMI, Auku dan segala undang-undang yang meresah-gelisahkan hati rakyat.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159]

Apabila rakyat tidak meredhai pemerintahan pemerintah, maka Allah s.w.t tidak meredhai pemerintahan mereka itu. Sebab itulah timbul banyak kekacauan dan semua itu adalah petanda, sindrom kepada pemerintahan yang tidak diredhai Tuhan. Oleh itu, banyakkan meminta ampun bagi pihak rakyat dan jangan bersikap kasar dengan rakyat.

Seperti mana anak mesti hormatkan ASAL-USUL (ibu bapa) untuk mendapat redha Tuhan, maka demikianlah pemerintah mesti hormatkan ASAL-USUL (rakyat) untuk mendapat restu Allah dalam pemerintahan mereka.

Jika seorang anak itu berbicara dengan baik kepada ibu bapanya sebagai tanda hormat dan mendapat redha Tuhan, demikian pemerintah jangan berbicara dengan keras dan nyaring kepada rakyat dengan mengugut dan mengancam mereka dengan jentera kerajaan seperti polis, tentera dan sebagainya.

Diriwayatkan, pernah suatu ketika, seorang anak muda mendaftar diri untuk pergi berperang ke medan jihad. Rasulullah s.a.w merenung wajah anak muda itu dengan pandangan kasyafnya.

"Anak muda, jelaskan kepadaku bagaimana keadaan orang tuamu tatkala kamu keluar daripada rumahmu tadi," kata baginda.

"Ya Rasulullah, hamba mesti beritahu kepadamu bahawa dengan sesungguhnya aku ingin syahid di jalan Allah. Tetapi kedua orang tuaku menangis, meminta aku tidak pergi berperang kerana aku satu-satunya anak tunggal mereka."

"Engkau mendapat pahala. Sekarang.. dengan perintah Rasulullah, kembalilah ke rumah. Gembirakanlah hati kedua-dua ibu bapamu," demikian baginda memutuskan.

Maka, pulanglah si anak muda itu dan gembiralah kedua-dua ibu bapanya. Anak muda tadi telah beroleh pahala sekali gus mendapat keredhaan Allah di rumahnya dan bukan di medan jihad.

Sementara itu, Nabi Ibrahim a.s adalah antara contoh anak yang menyeru bapanya, Aazar (pembuat patung berhala) ke arah jalan Tauhid dengan baik dan tabah hati.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata." [Al-An'aam:74]

Malah, baginda telah mendoakan kebaikan kepada ayahnya sendiri, walhal tindakan itu dilarang agama..

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekali pun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.

Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. [Surah at-Taubah: 113 - 114]

Disebutkan di situ, ada dua nilai yang menyebabkan baginda bersikap baik kepada orang tuanya. Pertama, baginda lembut hati dan bersikap penyabar. Hal inilah yang mesti hadir dalam jiwa seorang anak yang mahu keredhaan Tuhan dengan cara melakukan kebaikan kepada orang tuanya.

Maka, hal bercakap nyaring kepada orang-ramai, menjerkah dengan marah-marah, bersuara dengan keras tidak melambangkan kelembutan hati seseorang pendakwah itu. Demikianlah jika kita mahu laksanakan pesan dan wasiat Imam Hasan al-Banna

Agrobank Sasar Agih Pinjaman RM5.7 Bln

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Agrobank menyasarkan untuk mengagihkan pinjaman berjumlah RM5.7 bilion tahun ini, naik 20 peratus daripada RM4.6 bilion tahun lepas, meskipun berlakunya kelembapan ekonomi semasa, kata Presidennya Datuk Martini Osman hari ini.

Bank itu juga menyasarkan untuk meningkatkan kelulusan pinjaman bagi pembiayaan mikro kepada RM500 juta tahun ini berbanding RM350 juta pada 2008, kata Martini.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Kios Agrobank di Kota Damansara di sini hari ini, katanya bank itu akan memberikan perhatian khusus kepada penanaman padi dan industri berasaskan makanan.

"Apapun yang dikatakan tentang kemelesetan ekonomi, ia akan pulih juga. Dan jika anda tidak optimistik, ekonomi tentunya akan menurun sepanjang masa," kata Martini.

"Tetapi jika anda memberikan pinjaman sebegitu, saya pasti banyak syarikat akan pulih," katanya apabila diminta mengulas berkenaan unjuran pinjaman berjumlah RM5.7 bilion di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi.

Martini berkata Agrobank ingin mendapatkan kelulusan Bank Negara Malaysia untuk menjadi "bank lengkap" bagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri perbankan.

Katanya kelulusan daripada bank pusat itu akan membolehkan Agrobank menyediakan kemudahan pinjaman yang lain seperti perumahan, pembiayaan perdagangan dan sewa beli.

"Kami telah bertemu Bank Negara awal tahun ini dan sedang menantikan maklum balas darinya," katanya.

Beliau berkata Agrobank akan membuka dua lagi kios tidak lama lagi pada kos dianggarkan RM250,000 untuk setiap premis di Kepong, Kuala Lumpur dan Pusa di Sarawak.

Ia juga akan membuka dua lagi cawangan baru di Pekan, Pahang, dan Kinabatangan, Sabah, tahun ini, katanya.

Sekarang ini, bank itu mempunyai 180 cawangan di seluruh negara, termasuk 12 pejabat negeri dengan lebih 175 mesin juruwang automatik, mesin pendeposit tunai dan pengurusan kualiti kad.

Kelantan tumpu pelancongan berasas pertanian

Mohd Nor Yahya
Tue | Mar 03, 09 | 6:56:32 pm MYT

JELI, 3 Mac (Hrkh) - Kelantan mengalukan mana-mana syarikat yang berminat memajukan bidang pertanian terutamanya penanaman buah-buahan dan herba di negeri ini.
Iklan

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri memberi ruang kepada mana-mana syarikat yang ingin membangunkan bidang pertanian termasuk berkonsep pelancongan.

"Saya bersetuju sekiranya Pergau Agro Resort membangunkan kawasan pelancongan berasaskan tanaman herba.

"Kita boleh jadikan Jeli sebagai destinasi pelancongan berasaskan sumber hutan," katanya ketika menghadiri majlis taklimat projek Agro-Tourism Tasik Pergau di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jajahan Jeli, Haji Serpudin Mohamad dan Pengurus Pergau Agro Resort Sdn Bhd, Che Azmi Mahmood.Image

Serpudin berkata, Jeli merupakan jajahan yang berpontesi dibangunkan dalam bidang pertanian kerana mempunyai kawasan yang luas dan subur.

Menurutnya ia selaras dengan dasar kerajaan negeri menjadikan Kelantan sebagai negeri pertanian.

"Saya mengalu-alukan syarikat swasta yang ingin bekerjasama dengan Majlis Daerah Jeli bagi membangunkan daerah ini dalam bidang pelancongan dan pertanian," ujar beliau.

Che Azmi berkata, syarikatnya akan bekerjasama dengan Majlis Daerah Jeli bagi membangunkan projek pelancongan berasaskan sumber pertanian.

Image Oleh itu katanya, syarikat terbabit memerlukan lebih kurang 45 ekar bagi melaksanakan projek tersebut.

Beliau yang juga Presiden Kelab Usahawan Tani Malaysia berkata, ramai usahawan berminat membangunkan bidang pelancongan berasaskan pertanian dan herba di negeri ini.

"Syarikat Pergau Agro Resort sedia melabur dalam industri pelancongan berasaskan pertanian membabitkan modal sebanyak RM5 juta," ujar beliau.

Kata beliau juga syarikatnya akan memperkenalkan pelancongan berasaskan konsep 'lihat dan rasa' kepada pelancong yang mengunjungi Pergau Agro Resort. - mj _

Wednesday, February 25, 2009

Seminar IBS Bumiputera

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI AKAN MENGANJURKAN

ROADSHOW SEMINAR IBS BUMIPUTERA
DI SELURUH MALAYSIA MEGIKUT ZON
UTARA, TENGAH, SELATAN, TIMUR, SABAH DAN SARAWAK,

HUBUNGI 03-8880 5364 / 03-8880 5363
ATAU
LAYARI WWW.PKK.MECD.GOV.MY,

MASUK ADALAH PERCUMA.

Seminar Keusahawanan (MecD)



SEMINAR KEBANGSAAN HASIL PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN


From Monday, March 2 2009 - 8:00am
To Tuesday, March 3 2009 - 5:00pm
Every day

SEMINAR KEBANGSAAN HASIL PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

“PENYERTAAN SISWA/ SISWAZAH DALAM KERJAYA KEUSAHAWANAN”

Majlis Perasmian Disempurnakan oleh :



Y.B. Dato’ Saifuddin bin Abdullah

Timbalan Menteri

Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.



Bertempat :



HOTEL GRAND BLUEWAVE, SHAH ALAM, SELANGOR.



Pada :



2-3 Mac 2009

aturcara-seminar-apeec.jpg



borang_ltrbkng-apeec.jpg

Friday, February 20, 2009

Panduan Penyediaan Kertas Kerja Projek

1. TUJUAN

2. LATAR BELAKANG PROJEK


2.1 PENGENALAN
- Lokasi projek /keluasan
- Latar belakang industri dan trend pasaran
- Senario masa hadapan

2.2 SYARIKAT / KUMPULAN
- Profil Syarikat
- Kepakaran Ahli dan Pengalaman
2.3 LATAR BELAKANG PENGUSAHA / AHLI
- Latar Belakang Pengusaha, Nama, Alamat, telefon
- Pengalaman
- Kelulusan akademik
- Kepakaran
- Kursus dan latihan ( peserta diwajibkan menghadiri kursus berkaitan sebelum pembiayaan diluluskan)

2.4 MODEL/KONSEP PERNIAGAAN/KEUSAHAWANAN

3. RANCANGAN PENGURUSAN
- Diuruskan sendiri oleh pengusaha; atau
- Project Management Consultant (PMC)
- Kakitangan pengurusan
- Pengalaman/kepakaran
- Jawatan dalam Bahagian/Agensi
- Struktur organisasi

4. RANCANGAN PEMASARAN
Analisis Pemasaran
- Ramalan jualan – perlu buat analisis pelanggan, pasaran dan perkhidmatan
- Kaji arah aliran pasaran dalam industri
- Mengukur saiz pasaran
- Pesaing
Ramalan Jualan
Strategi Pemasaran
- Strategi pemasaran secara keseluruhan spt bagaimana menghadapi pesaing dari segi kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
- Contract farming/manufacturing
Strategi Perkhidmatan
- Faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan
Strategi Harga
- Penentuan harga
- Tawaran harga dan sebagainya
Strategi Pengedaran
- Cara pengedaran dibuat
- Kos-kos terlibat
- Rancangan jangka pendek dan panjang jualan tersebut
Strategi Promosi
- Teknik-teknik promosi yang dijalankan
Belanjawan Pemasaran

5. RANCANGAN OPERASI


- Perkhidmatan/produk ditawarkan
- Proses operasi
- Keupayaan operasi
- Senarai bahan mentah (jika ada)
- Pembekal bahan mentah / sumber produk
- Khidmat sokongan / bantuan daripada agensi
- Senarai pekerja terlibat

6. RANCANGAN KEWANGAN

Rancangan kewangan akan memastikan sejauhmana kebenaran andaian/ramalan yang dibuat dalam pasaran, jualan dan kos-kos terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ianya boleh digunakan untuk menilai dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan. Rancangan kewangan merangkumi:
- Kos projek – kos tetap / kos berubah
- Sumber pembiayaan
Sendiri daripada peserta
Pembiayaan TEKUN
- Profoma aliran tunai – bulanan dan tahunan ( 3 – 5 tahun)
- Profoma penyata pendapatan – tahunan (3 – 5 tahun)
- Analisis ROI / pay back period

7. JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

- Tunjukkan peringkat-peringkat perlaksanaan projek

8. PENGLIBATAN AGENSI KERAJAAN

- FAMA / JABATAN PERTANIAN / PENTERNAKAN / HAIWAN / LPP/LPPK / MARDI / LKIM / AGENSI DI BAWAH KERAJAAN NEGERI DLL

9. PENGURUSAN RISIKO PROJEK
- Cagaran / Penjamin
- Kajian Teknikal / Pengesahan Jabatan/Agensi Kerajaan
- Cadangan pengurangan risiko projek

10. PENUTUP

Bahagian ini merupakan kesimpulan atau rumusan yang memberi gambaran yang menyeluruh mengenai perniagaan yang dijalankan. Pengusaha juga boleh memberi sebarang maklumat sokongan lain yang boleh memberi justifikasi mengenai daya maju perniagaan pengusaha.

Monday, February 16, 2009

Peluang Pinjaman di PUNB

PUNB sasar salurkan pinjaman RM164.3 juta

Empat skim dijangka manfaat 450 usahawan Bumiputera

PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) mensasarkan menyalurkan pinjaman berjumlah RM164.3 juta tahun ini kepada kira-kira 450 usahawan Bumiputera menerusi empat skim keusahawan yang dikendalikannya.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad, berkata masing-masing RM60 juta disasar disalurkan di bawah Skim Prosper Runcit; RM67 juta di bawah Pemborong Prosper; RM30.3 juta menerusi Perusahaan Kecil dan Sederhana manakala RM7 juta lagi di bawah Prosper Siswazah.

Katanya, tahun lalu PUNB menyalurkan pinjaman berjumlah RM153.5 juta kepada 461 usahawan yang membabitkan 396 perniagaan.

"Kami akan melaksanakan pelbagai pendekatan bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam perniagaan khususnya bidang peruncitan. Tiada perubahan besar dalam skop skim Prosper Runcit dan Pemborong untuk 2009.

"Bagaimanapun, Skim Prosper Siswazah akan diperluaskan meliputi pemberian pinjaman kepada pemegang sijil kemahiran dari institusi latihan yang diiktiraf kerajaan," katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, langkah memperluaskan Skim Prosper Siswazah akan memberi peluang kepada golongan yang mempunyai sijil kemahiran tertentu seperti dalam bidang elektrik, penghawa dingin dan automotif memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan mengamalkan kemahiran yang diperoleh.


Layari www.punb.com.my

Saturday, February 14, 2009

Projek Tanaman Pokok Jarak




1. Minyak biji pokok Jarak @ Jetropha yg pernah digunakan sebgai bahan bakar untuk pesawat tentra Jepun ketika perang dunia kedua.

2. Pokok jarak ini telah dikenal pasti antara alternatif berpotensi untuk dikomersialkan sebagai Biodiesal.

3. Pokok ini banyak kelebihan antaranya mngandungi minyak lebih tinggi iaitu 33 peratus dan penggunaan minyak jarak ini sebagai biodiesal setanding dengan minyak sawit dari segi aspek mesra alam.

4. Oleh itu sebuah syarikat di Malaysia menawarkan perladangan kontrak untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan bidang pertanian. Rebutlah peluang ini.

5. Sangat sesuai di tanam di Malaysia.

6. pulangan yang sangat lumayan.

7. Jangan tunggu lagi rebutlah peluang keemasan ini. Untuk mendapatkan maklumat sistem Perladangan Kontrak bolehla melayari www.bionas.com.my atau hubungi 03-26912228

Friday, February 13, 2009

About Serai







1. Serai pada asalnya menjadi bahan yang digunakan untuk masakan dan selalunya ditanam hanya sekadar untuk memasak.

2. Tetapi adakah orang kita (org Melayu-Islam) sedar bahawa banyak kelebihan dan kegunaan daripada produk serai.

3. Penyelidikan telah dilakukan oleh MARDI dan Jabatan Pertanian telah mendapati beberapa kegunaan serai. dan ramai penyelidik dari luar negara telah membuat penyelidikan tentang kelebihan serai.

4. Antara kelebihanya, digunakan untuk membuat produk kosmetik seperti sabun, digunakan untuk membuat minyak wangi dan yang terbaru penemuan di China dan Jerman sebagai ubat kanser.

5. Oleh itu permintaan terhadap serai sangat tinggi daripada seluruh dunia.

6. Jadi tunggu apa lagi jom kita rebut peluang ini.

7. Sesiapa yang berminat bolehla mendapatkan cara penanaman dari kami.

8. Berniaga 9/10 sumber rezeki.

Thursday, February 12, 2009

Umat Islam dan Halal

1. Penulis sekarang berada di Kuala Lumpur kerana ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Dan dikesempatan penulis berada di kuala Lumpur saya mengambil peluang singgah di Kemeterian Pembangunan keusahawanan dan koperasi (MecD) di putrajaya.


2. Disana banyak dipaparkan peluang-peluang perniagaan untuk golongan bumitputera dan siswazah. Saya sempat tengok beberapa peluang antaranya program franchais dan juga sedikit berita tentang pinjaman.

3. Dalam masa yang sama penulis sempat singgah ke perpustakaan MecD untuk mencari sumber bacaan. Dalam asyik melihat majalah yang tersedia ada saya terpanggil umtuk membaca Halal Journal sebuah majalah yang ditulis oleh rakyat Malaysia untuk tatapan masyarakat global.

4. Selepas saya go through to this book saya terfikir kesan dan keadaan yang menyedihkan melanda Umat Islam seluruh dunia.

5. Apakah selama ini hidup umat Islam berada dalam keadaan Halal samada dari segi makanan, kewangan, produk kecantikan, perindustrian dan banyak lagi.

6. Malaysia sebuah negara yang diistihar sebuah Negara Islam oleh pemimpin kita, tetapi adakah kita benar-benar berada dalam keadaan yang Islamic dalam kehidupan kita seharian.

7. Kita lihat Malaysia mengajurkan Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) setiap tahun di Kuala Lumpur. MIHAS adlah showcase Halal terbesar di dunia tetapi kalau kita amati berapa banyak produk dari kalangan orang Islam?

8. Kebanyakan produk adalah dari kalangan non Muslim dan disini bagaimana kita nak memastikan bahawa produk itu adalah halal, mungkin mereka sekadar mengambil kesempatan di atas Brand Halal untuk memasuki pasaran orang Islam atau sebagainya dam yang pasti 1/3 penduduk dunia adalah Islam.

9. Apa yang saya ingin mengutarakan disini adalah dimanakah tanggungjawab kita terhadap umat Islam, adakah kita telah menjadi salah seorang yang menjalankan Fardhu Kifayah?

10. tepuk dada tanya Iman. Disini saya menyeru kepada Pembaca Sekalian, marilah kita merubah keadaan umat Islam dengan kita Mempelopori semua bidang baik Pertanian, Kewangan, Engineering dan sebagainya bagi memastikan Umat Islam terjamin dalam soal Halal dan Haram.

11. Marilalah kita Berniaga dalam apa bidang sekalipun demi Umat Islam Seluruhnya...

Tuesday, February 10, 2009

Peruntukan Pinjaman Dari Kerajaan Untuk IKS

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan penubuhan Skim Jaminan Bantuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (SAGS) berjumlah RM2 bilion bagi memastikan PKS yang terjejas dengan kemerosotan ekonomi semasa mempunyai dana yang secukupnya.

BNM dalam kenyataannya di sini berkata, setiap PKS yang layak boleh mendapat pembiayaan sehingga RM500,000 di bawah skim itu, bagi tempoh sehingga lima tahun.

''Credit Guarantee Corporation (CGC) akan menyediakan 80 peratus kelulusan pembiayaan di bawah skim berkenaan.

''Jaminan itu akan disediakan secara percuma dan kos jaminan akan ditanggung sepenuhnya oleh BNM. Pembiayaan yang diterima di bawah skim ini adalah untuk pembiayaan baru sahaja dan perlu digunakan bagi tujuan perniagaan seperti modal kerja, pembiayaan projek dan perbelanjaan modal,'' katanya.

Skim ini boleh didapati di semua bank komersial dan Bank Islam, SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat, EXIM Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Monday, February 9, 2009

Peluang Keemasan Projek Tanaman Serai

UTM, PPNT bina loji proses minyak serai
Berita Harian, 15 Jan 2009UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Negeri
Terengganu (PPNT) bagi membangunkan loji pemprosesan minyak serai wangi pertama di negara ini di Bukit Payong,
Pelagat dan Jerangau, Terengganu.Pembinaan loji bernilai RM1.2 juta menggunakan teknologi pemprosesan serai
wangi yang dibangunkan Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP), UTM itu berupaya memproses kira-kira 1.5 juta tan
tumbuhan herba mentah itu sehari.
Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, berkata pembinaan loji mengambil masa enam bulan dan siap
sepenuhnya Ogos tahun lalu itu mampu memberi pulangan lumayan kerana menggunakan tenaga kerja serta kos yang
minimum. Katanya, kejayaan UTM membangunkan loji berkenaan membuktikan penyelidikan dan pembangunan mampu
dimanfaatkan untuk kepentingan awam khususnya membantu rakyat berpendapatan rendah.
“Teknologi digunakan untuk membangunkan loji ini tidak memerlukan kepakaran tinggi tetapi ia mampu
menghasilkan minyak serai wangi setanding dengan kilang pemprosesan sedia ada.
“Bagi mendapatkan pengeluaran tinggi dan bermutu, CEPP yang membangunkan teknologi berkenaan
menggunakan kaedah penyulingan stim untuk mengekstrak minyak dari serai wangi.
“Manakala pihak PPNT pula membekalkan tangki ekstrak, kondenser, tangki kutipan produk, kren pengangkat
elektrik, pam air sejuk, tangki air dan pentas operasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Zaini menjelaskan, proses penyulingan stim diperkenalkan tidak menggunakan dandang seperti lazim digunakan
kebanyakan kilang pemprosesan, sebaliknya menerusi kaedah mendidih air terus dalam tangki ekstrak. Sambil
menjelaskan pengusaha serai wangi secara tidak langsung dapat menjimatkan kos peralatan dan bayaran gaji untuk
penjaga dandang bertauliah, beliau berkata;
“Kita bangga kerana berjaya membangunkan loji pemprosesan minyak serai wangi ini yang beroperasi secara
komersial dengan pengeluaran bahan dalam skala besar.
“Selain itu, pembinaan loji ini juga secara tidak langsung menaikkan taraf sosioekonomi petani dan peladang di
lokasi terbabit yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah,” katanya.


JADI KITA MEMERLUKAN 100 000 EKAR UNTUK TANAM SERAI UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN INI... JOM BUAT BISNESS..

Ekonomi Umat Islam

1. Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mempunyai kira-kira 55 peratus rakyat beragama
Islam. Ia tidaklah tergolong sebagai negara Islam terbesar atau terkaya atau pun terkuat dari segi ketenteraan dan sebagainya. Tetapi ia mempunyai potensi untuk meningkat maju dari segi
ekonomi.

2. Suatu hakikat yang sukar dinafikan, berdasarkan kepada pergolakan dunia sekarang ini, ialah
kekuatan sebuah negara di masa hadapan tidak akan bergantung kepada kekuatan ketenteraan
tetapi kuasa ekonomi. Ini adalah kerana dengan kuasa ekonomi, sesebuah negara boleh
mempengaruhi negara lain dengan lebih mudah tanpa melibatkan politik dunia.

3. Berdasarkan kepada tahap pembangunan yang telah dicapai oleh negara-negara Islam sedunia termasuk Malaysia, bolehlah dikatakan bahawa negara inilah yang mempunyai potensi paling tinggi untuk muncul sebagai negara maju pertama di kalangan negara Islam. Kebanggaan yang Malaysia adalah sebuah negara Islam yang maju kelak ingin dirasakan oleh umat Islam di negara ini, bahkan di seluruh dunia nanti. Perasaan ini harus akan dikecapi apabila sampai masanya kelak.
4. Walau bagaimana pun, apa yang masih kita khuatirkan ialah penglibatan orang Islam dalam
sektor-sektor ekonomi yang penting mungkin begitu sedikit sehingga menyebabkan perasaan
bangga tadi menjadi perasaan malu pula. Kekhuatiran ini adalah timbul dari hakikat berikut:
4.1 bilangan umat Islam yang terlibat dalam sektor ekonomi yang mempunyai nilai ditambah paling tinggi masih lagi kekurangan. Sektor yang dimaksudkan ialah runcitan dan borongan (perniagaan),kewangan (termasuk perbankan dan insurans), perkilangan dan
pembuatan, dan lain-lain.

4.2 bilangan profesional Islam yang berdaftar dalam semua bidang kecuali Doktor Haiwan masih kurang dari orang-orang lain. Bidang yang dimaksudkan serta peratus umat Islam yang terdaftar pada tahun 1992 ialah: Arkitek (25.0), Peguam (24.9), Akauntan (12.1), Jurukur
(48.8), Jurutera (37.8), Doktor Gigi (28.6), Doktor Perubatan (30.0).

4.3 bilangan usahawan dan koporat Islam masih lagi jauh ketinggalan sekarang ini.

4.4 pengagihan harta (aset) dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan masih lagi belum begitu memuaskan.

4.5 orang-orang Islam masih lagi kekurangan dari segi kemahiran yang diperlukan setiap hari, seperti membaiki TV, video, motokar, motor,peti sejuk, mesin jahit, mesin basuh baju, dan sebagainya.

Mari Berniaga

Jom saudara Islam berniaga.. 9 per 10 rezki adalah berniaga.

Jarum Suntikan Vitamin

Jarum Suntikan Vitamin
Untuk suntik kambing nie...