Demi Masa

Friday, March 6, 2009

Kelantan tumpu pelancongan berasas pertanian

Mohd Nor Yahya
Tue | Mar 03, 09 | 6:56:32 pm MYT

JELI, 3 Mac (Hrkh) - Kelantan mengalukan mana-mana syarikat yang berminat memajukan bidang pertanian terutamanya penanaman buah-buahan dan herba di negeri ini.
Iklan

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri memberi ruang kepada mana-mana syarikat yang ingin membangunkan bidang pertanian termasuk berkonsep pelancongan.

"Saya bersetuju sekiranya Pergau Agro Resort membangunkan kawasan pelancongan berasaskan tanaman herba.

"Kita boleh jadikan Jeli sebagai destinasi pelancongan berasaskan sumber hutan," katanya ketika menghadiri majlis taklimat projek Agro-Tourism Tasik Pergau di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jajahan Jeli, Haji Serpudin Mohamad dan Pengurus Pergau Agro Resort Sdn Bhd, Che Azmi Mahmood.Image

Serpudin berkata, Jeli merupakan jajahan yang berpontesi dibangunkan dalam bidang pertanian kerana mempunyai kawasan yang luas dan subur.

Menurutnya ia selaras dengan dasar kerajaan negeri menjadikan Kelantan sebagai negeri pertanian.

"Saya mengalu-alukan syarikat swasta yang ingin bekerjasama dengan Majlis Daerah Jeli bagi membangunkan daerah ini dalam bidang pelancongan dan pertanian," ujar beliau.

Che Azmi berkata, syarikatnya akan bekerjasama dengan Majlis Daerah Jeli bagi membangunkan projek pelancongan berasaskan sumber pertanian.

Image Oleh itu katanya, syarikat terbabit memerlukan lebih kurang 45 ekar bagi melaksanakan projek tersebut.

Beliau yang juga Presiden Kelab Usahawan Tani Malaysia berkata, ramai usahawan berminat membangunkan bidang pelancongan berasaskan pertanian dan herba di negeri ini.

"Syarikat Pergau Agro Resort sedia melabur dalam industri pelancongan berasaskan pertanian membabitkan modal sebanyak RM5 juta," ujar beliau.

Kata beliau juga syarikatnya akan memperkenalkan pelancongan berasaskan konsep 'lihat dan rasa' kepada pelancong yang mengunjungi Pergau Agro Resort. - mj _

No comments:

Jarum Suntikan Vitamin

Jarum Suntikan Vitamin
Untuk suntik kambing nie...