1. Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mempunyai kira-kira 55 peratus rakyat beragama
Islam. Ia tidaklah tergolong sebagai negara Islam terbesar atau terkaya atau pun terkuat dari segi ketenteraan dan sebagainya. Tetapi ia mempunyai potensi untuk meningkat maju dari segi
ekonomi.
2. Suatu hakikat yang sukar dinafikan, berdasarkan kepada pergolakan dunia sekarang ini, ialah
kekuatan sebuah negara di masa hadapan tidak akan bergantung kepada kekuatan ketenteraan
tetapi kuasa ekonomi. Ini adalah kerana dengan kuasa ekonomi, sesebuah negara boleh
mempengaruhi negara lain dengan lebih mudah tanpa melibatkan politik dunia.
3. Berdasarkan kepada tahap pembangunan yang telah dicapai oleh negara-negara Islam sedunia termasuk Malaysia, bolehlah dikatakan bahawa negara inilah yang mempunyai potensi paling tinggi untuk muncul sebagai negara maju pertama di kalangan negara Islam. Kebanggaan yang Malaysia adalah sebuah negara Islam yang maju kelak ingin dirasakan oleh umat Islam di negara ini, bahkan di seluruh dunia nanti. Perasaan ini harus akan dikecapi apabila sampai masanya kelak.
4. Walau bagaimana pun, apa yang masih kita khuatirkan ialah penglibatan orang Islam dalam
sektor-sektor ekonomi yang penting mungkin begitu sedikit sehingga menyebabkan perasaan
bangga tadi menjadi perasaan malu pula. Kekhuatiran ini adalah timbul dari hakikat berikut:
4.1 bilangan umat Islam yang terlibat dalam sektor ekonomi yang mempunyai nilai ditambah paling tinggi masih lagi kekurangan. Sektor yang dimaksudkan ialah runcitan dan borongan (perniagaan),kewangan (termasuk perbankan dan insurans), perkilangan dan
pembuatan, dan lain-lain.
4.2 bilangan profesional Islam yang berdaftar dalam semua bidang kecuali Doktor Haiwan masih kurang dari orang-orang lain. Bidang yang dimaksudkan serta peratus umat Islam yang terdaftar pada tahun 1992 ialah: Arkitek (25.0), Peguam (24.9), Akauntan (12.1), Jurukur
(48.8), Jurutera (37.8), Doktor Gigi (28.6), Doktor Perubatan (30.0).
4.3 bilangan usahawan dan koporat Islam masih lagi jauh ketinggalan sekarang ini.
4.4 pengagihan harta (aset) dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan masih lagi belum begitu memuaskan.
4.5 orang-orang Islam masih lagi kekurangan dari segi kemahiran yang diperlukan setiap hari, seperti membaiki TV, video, motokar, motor,peti sejuk, mesin jahit, mesin basuh baju, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment