Demi Masa

Monday, February 16, 2009

Peluang Pinjaman di PUNB

PUNB sasar salurkan pinjaman RM164.3 juta

Empat skim dijangka manfaat 450 usahawan Bumiputera

PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) mensasarkan menyalurkan pinjaman berjumlah RM164.3 juta tahun ini kepada kira-kira 450 usahawan Bumiputera menerusi empat skim keusahawan yang dikendalikannya.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad, berkata masing-masing RM60 juta disasar disalurkan di bawah Skim Prosper Runcit; RM67 juta di bawah Pemborong Prosper; RM30.3 juta menerusi Perusahaan Kecil dan Sederhana manakala RM7 juta lagi di bawah Prosper Siswazah.

Katanya, tahun lalu PUNB menyalurkan pinjaman berjumlah RM153.5 juta kepada 461 usahawan yang membabitkan 396 perniagaan.

"Kami akan melaksanakan pelbagai pendekatan bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam perniagaan khususnya bidang peruncitan. Tiada perubahan besar dalam skop skim Prosper Runcit dan Pemborong untuk 2009.

"Bagaimanapun, Skim Prosper Siswazah akan diperluaskan meliputi pemberian pinjaman kepada pemegang sijil kemahiran dari institusi latihan yang diiktiraf kerajaan," katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, langkah memperluaskan Skim Prosper Siswazah akan memberi peluang kepada golongan yang mempunyai sijil kemahiran tertentu seperti dalam bidang elektrik, penghawa dingin dan automotif memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan mengamalkan kemahiran yang diperoleh.


Layari www.punb.com.my

No comments:

Jarum Suntikan Vitamin

Jarum Suntikan Vitamin
Untuk suntik kambing nie...