Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan penubuhan Skim Jaminan Bantuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (SAGS) berjumlah RM2 bilion bagi memastikan PKS yang terjejas dengan kemerosotan ekonomi semasa mempunyai dana yang secukupnya.
BNM dalam kenyataannya di sini berkata, setiap PKS yang layak boleh mendapat pembiayaan sehingga RM500,000 di bawah skim itu, bagi tempoh sehingga lima tahun.
''Credit Guarantee Corporation (CGC) akan menyediakan 80 peratus kelulusan pembiayaan di bawah skim berkenaan.
''Jaminan itu akan disediakan secara percuma dan kos jaminan akan ditanggung sepenuhnya oleh BNM. Pembiayaan yang diterima di bawah skim ini adalah untuk pembiayaan baru sahaja dan perlu digunakan bagi tujuan perniagaan seperti modal kerja, pembiayaan projek dan perbelanjaan modal,'' katanya.
Skim ini boleh didapati di semua bank komersial dan Bank Islam, SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat, EXIM Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
1 comment:
assalamyalaikum..sya ridna
sya ingin bertnya mngenai bagaimana sya,boleh memohon pembiayaan untuk urusan perniagaan sya..bagaimana pemprosesan nya...
Post a Comment