UTM, PPNT bina loji proses minyak serai
Berita Harian, 15 Jan 2009UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Negeri
Terengganu (PPNT) bagi membangunkan loji pemprosesan minyak serai wangi pertama di negara ini di Bukit Payong,
Pelagat dan Jerangau, Terengganu.Pembinaan loji bernilai RM1.2 juta menggunakan teknologi pemprosesan serai
wangi yang dibangunkan Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP), UTM itu berupaya memproses kira-kira 1.5 juta tan
tumbuhan herba mentah itu sehari.
Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, berkata pembinaan loji mengambil masa enam bulan dan siap
sepenuhnya Ogos tahun lalu itu mampu memberi pulangan lumayan kerana menggunakan tenaga kerja serta kos yang
minimum. Katanya, kejayaan UTM membangunkan loji berkenaan membuktikan penyelidikan dan pembangunan mampu
dimanfaatkan untuk kepentingan awam khususnya membantu rakyat berpendapatan rendah.
“Teknologi digunakan untuk membangunkan loji ini tidak memerlukan kepakaran tinggi tetapi ia mampu
menghasilkan minyak serai wangi setanding dengan kilang pemprosesan sedia ada.
“Bagi mendapatkan pengeluaran tinggi dan bermutu, CEPP yang membangunkan teknologi berkenaan
menggunakan kaedah penyulingan stim untuk mengekstrak minyak dari serai wangi.
“Manakala pihak PPNT pula membekalkan tangki ekstrak, kondenser, tangki kutipan produk, kren pengangkat
elektrik, pam air sejuk, tangki air dan pentas operasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Zaini menjelaskan, proses penyulingan stim diperkenalkan tidak menggunakan dandang seperti lazim digunakan
kebanyakan kilang pemprosesan, sebaliknya menerusi kaedah mendidih air terus dalam tangki ekstrak. Sambil
menjelaskan pengusaha serai wangi secara tidak langsung dapat menjimatkan kos peralatan dan bayaran gaji untuk
penjaga dandang bertauliah, beliau berkata;
“Kita bangga kerana berjaya membangunkan loji pemprosesan minyak serai wangi ini yang beroperasi secara
komersial dengan pengeluaran bahan dalam skala besar.
“Selain itu, pembinaan loji ini juga secara tidak langsung menaikkan taraf sosioekonomi petani dan peladang di
lokasi terbabit yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah,” katanya.
JADI KITA MEMERLUKAN 100 000 EKAR UNTUK TANAM SERAI UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN INI... JOM BUAT BISNESS..
7 comments:
1.5 juta tan sehari??? bunyi mcm tak logik je?? 1.5juta tan sama dengan 1,500,000,000 kg.. apa yg sy tau slalu industrial scale maximum pon 5-20tan per day
Bunyi memang macam tak logik,tetapi itulah hakikatnya. Kalu saudari Najwa ada kesempatan bolehla melawat kilang kt jerangau kt terengganu. Nnti kalau cik Najwa free bolehla tgk kt laman web CEPP UTM http://www.cepp.utm.my/articles.php?id=198
Ada complete maklumat kat situ
baik..terima kasih untuk info tu. insyaAllah satu hari nanti saya pergi melawat plant tu..
Thank cik Najwa.. Insyallah nanti kita dapat kongsi Ilmu yang kita ada.. Saya doakan kejayaan awak.
kalau nak jual tanaman serai wangi kami, dia orang ambil tak?
Salam. Saya ada serai kampung/makan untuk dijual sekarang. tawaran borong. keluasan penanaman ialah 3 ekar. lokasi -kuala pilah,negeri sembilan. saya nak jual rm1.20 sekilo. Jika berminat sila hubungi 016-3634595
saya ada tanaman anak benih serai wangi,
kalau sesiapa nak beli,
hubungi 0142599808
atau wassaapp
1anak benih rm10
Post a Comment